fbpx

Pembiayaan Umrah Kakitangan Kerajaan

Dengan Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA)

Patuh Syariah

Proses Pantas

Pelbagai Pakej

Jimat Tunai

Pengenalan Skim Nurani.

Nurani: Skim Kakitangan Kerajaan adalah inisiatif yang dirancang khas sejajar dengan kenaikan Gaji Penjawat Awam (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) yang bermula pada Disember 2024 melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA)

Tiada sebarang bayaran awal atau deposit diperlukan!

Syarat Am

Khas Penjawat Awam

ANGKASA, sebagai Koperasi Apex yang menyediakan Kredit Potongan Gaji

Nurani dengan Pelbagai Pakej

Arovis Travel menawarkan pelbagai pilihan pakej untuk NURANI

Muat turun Booklet Nurani untuk mendapatkan Info mengenai:

  • NURANI
  • Pakej Umrah 
  • Jadual Potongan Gaji Tahunan ANGKASA
  • Diskaun & Cashback

*Klik pada gambar dibawah untuk Maklumat Lanjut mengenai NURANI

Pakej Nurani menggunakan Visa Umrah, Penerbangan Penuh dan Haramain Speed Train (Sehala)*

Bagaimana untuk memohon Nurani?

Semakan

Lengkapkan Borang Semak Kelayakan

Kelayakan

Pegawai Arovis Travel akan menghubungi anda

Pendaftaran

Hantar Borang yang lengkap untuk urusan Pembiayaan & Umrah

FAQ - Soalan Lazim Nurani

Apakah Skim Nurani dari Arovis Travel?

Skim Nurani adalah Skim khas untuk pembiayaan Umrah untuk Kakitangan Kerajaan sama ada Persekutuan, Negeri atau Badan Berkanun dimana pemohon akan menunaikan Umrah dahulu dan membuat potongan gaji selepas selesai menunaikan Umrah melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Skim ini merupakan kerjasama bersama Arovis Travel & Tours Sdn Bhd bersama Ringgit Ease Sdn Bhd.

Apakah hukum menggunakan Pembiayaan untuk Umrah?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kali ke-69 bertarikh 13-15 Jun 2005 telah membuat keputusan bahawa hukum seseorang Muslim menunaikan haji ataupun umrah secara berhutang adalah dibenarkan dan diharuskan dengan syarat;

1. Meyakini mampu membayar hutang tersebut, dan tidak menjejaskan kehidupan normalnya. 

2. Bebas dari unsur Riba’

Bolehkah saya membayar Pakej dengan separuh pembiayaan dan separuh tunai?

Ya boleh, hubungi Pegawai Jualan kami untuk maklumat lanjut.

Bolehkah saya menggunakan Skim ini bagi membawa Ibu Bapa atau Keluarga untuk Umrah?

Ya, boleh. 

Bagaimana sekiranya Agensi saya berminat untuk menjemput pihak Arovis Travel bagi sesi penerangan Nurani?

Hubungi kami di umrah@arovis.com.my dengan tajuk: Sesi Penerangan Nurani.